Selasa, 15 Disember 2009

ermmmm sedapnyer....

Puding Gula Hangus

Dsc_0029__small_

Resepi mudah jer...

Bahan-bahan ( 1 orang jer (loyang size 12 cm +-) )
  • 3 biji telur telur ayam gred A
  • 6 s/b gula pasir ( 3 sudu untuk diupukul dgn telur, 3 sudu lagi untuk dicairkan
  • 4 s/b susu pekat manis tambah dengan 1/2 gelas air
  • 1 s/t esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul gula dgn telur dan susu sampai kembang. Masukkan esen vanila ketepikan (Utk percepatkan process biasanya saya blend semua bahan.. cukup kembangnya dan cepat sgt.)
  2. Dsc_0024__small_
    Gunakan api yang minmal panaskan 3 sudu besar gula hingga perang
  3. Tuangkan adunan telur ke dalam loyang gula hangus tadi dan kukuslah sehingga masak. Cucuk lidi untuk tau dah masak atau belum.
  4. Bila dah masak terbalikkan. Boleh dihidang segera atau sejukkan.. best..desert yang paling sempoi.
  5. Kukus lebih kurang 25-30 mnt.
  6. *** Puding gula hangus ni bersize kecil sahaja. Kalo nak yang besar tambah bahan seperti: 7 telur, 7 sudu gula, susu 1/2 tin + 1/2 tin air, gula perang angaran 4/5 s/b ratakan pada permukaan loyang sebelum panaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan